Kenapalah hati ini yang selembut kapas tak boleh menjadi seperti kepala yang sekeras batu?
Terlalu ikutkan hati, mati.
Hye peeps, sudah lama tak menulis. Kalau tak update takpe kan? Kalau hari hari update dipanggil blog ke? Macam pelik je. Alasan, haha.
Hoho, bandar Chukai sudah ada Secret Recipe! Panggillah saya jakun pun, saya tak kisah. Budak kampung macam saya ni memanglah excited kalau ada benda benda yang best macam nih.
Tadi online facebook, bosan, sepi takde cerita panas. Pelik jugak macam mana orang lain boleh online hari hari, tak rasa asyik mengadap benda yang sama ke?
Sebab itu saya lebih prefer untuk tidur. Tidurlah banyak mana pun, tak bosannya. Mimpi yang sama takkan keluar dua kali. See,takdelah sebosan facebook. :P Mengarut.
Nak cerita, takde cerita sangat. Kat rumah, rutin yang sama setiap hari. Jadi intipatinya pun mestilah sama.
Saja nak hebohkan, saya telah menerima jawatan babysitter terhormat itu. Gaji yang ditawarkan up lagi RM 100, totalnya RM 600. Muahaha. Tapi kerjanya lebih banyak, terpaksa babysit dua orang. Semua orang dalam rumah ni menyuruh saya bawa bersama Yana, sepupuku itu, terutamanya ibunya. Seronok bukan main ye, mentang mentang tak perlu jaga anak lagi. Ish! Tapi takpelah, at least bolehlah nak practice main gitar. Huhu.
Oh, ye! Kawan baik saya, Hidayat dah dapat pinjaman (or maybe biasiswa) Yayasan Terengganu. Ini maksudnya, impiannya tercapai untuk menjadi seorang pilot. Oh yeahhh! Saya sangat sangat gembira, kerana boleh mintak dia carikan calon suami untuk saya, iaitu seorang pilot yang kacak dan kaya. Haha. :P
Haish, lepas sorang, sorang lagi dapat mengejar cita cita. Tinggal kami berempat je lagi yang duk tunggang langgang menghabiskan asasi dan matriks. Tiba-tiba touching pulak, hehe.
Posted by




0 comments:
Post a Comment