Layout ditukar.
Cuma yang tinggal url blog ini.
Masih berkira kira, patut atau tidak tukarkan url blog ini kepada url yang asal?
Aku sayang nama itu,
Url ini ditukar pun atas sebab blog ini diceroboh oleh beberapa manusia yang tak beradab.
Kalau ditukar pun, banyak pula blog yang harus kujajah, harus kulawati untuk aku maklumkan tentang perubahan ini.
Tengoklah keadaan dahulu.
Apabila aku sedih, aku mampu menulis dengan baik, ayat aku boleh dikira puitis.
Tapi apabila sebaliknya,tatabahasa aku tunggang langgang, entah ke mana, sempoi la kononnya. Maafkan saya, guru-guru Bahasa Melayuku. :-P
Tak tahu sampai bila aku akan menulis, tapi aku akan curi ruang untuk berkongsi apa yang aku rasa, kisah diri ini, dalam bahasanya yang tersendiri.
Terima kasih kerana sudi bertandang.
Posted by




0 comments:
Post a Comment