Lama menyepi?
Ye, maafkan diri ini kerana membiarkan blog ini ditinggalkan sepi begitu saja.
Tapi kini aku kembali!
Usai sudah final exam sem 1, lega rasanya, walaupun sebenarnya hati sedikit sedih kerana tinggal satu lagi sem.
Cuti dua bulan, tak perlu sakit kepala merangka rancangan, just go with the flow, huhu.
Semalam ke Mesra Mall, menjamu selera di Secret’s Recipe, sayang silap pilih makanan, tak habis, dibiarkan begitu sahaja, tapi kek cheesenya, wahh, sedap!
Nampak sangat sudah terlalu lama tidak menjamah keju.
Kemudian, ke Starbuck, aaahhhh! Kopi!
Sudah muak dengan berpeket peket white coffee di puncak alam, kopi inilah memang selalu kurindukan.
Tapi hairan, barista starbuck terlalu ramah dengan aku, mengapa?
Aku rasa aku pakai serabai je, biasa biasa, tapi mereka tertarik?
Sudah, jangan riak, haha. *perasan*
Aku khabarkan kepada Encik Gebu, nadanya agak cemburu.
Ingat awak seorang je boleh buat orang pandang dua kali? Saya pun boleh. :P
Semalam jenguk blog Afifah Faza, nampak seperti dia mahu berhenti sudah menulis di blognya.
Sayang, pasti aku rindukan coleteh kamu nanti di blog itu, kerana aku seolah olah dapat visualkan apa yang diceritakan.
Aku tertunggu tunggu mahu membaca entri kamu menceritakan pengalaman outing bersama sama dengan kami semua,
“ afak rasa sangat gembira, dapat naik kereta sama sama dengan housemate, pergi Sunway Pyramid, main ice skating,”
Tapi nampaknya seperti hajat terkubur.
Kali ini tidak sesempoi seperti biasa.
Mengapa?
Dipengaruhi oleh blog favouriteku Hakim Ishak. :P
Sambung lagi ye, nanti, tunggu!
:)
Posted by




0 comments:
Post a Comment