“we should talk about life, and how short it is.”
Saya rindukan sepetang di bandar Chukai. Dah lama tak jejak kaki ke tempat-tempat favourite saya, Sonstar, Skybox, Papardelle(dah pergi dah semalam!) dan macam macam lagi.
Rindu juga untuk bermanja manja dengan D3000ku. Apa guna beli mahal mahal kalau tak bersentuh? Membazir makcik oi!
Saya rindu untuk berlama-lamaaan di dapur, buat perkara yang saya suka, memasak. Buat chocolate cake dan sebagainya.
Diri ini sedih kerana tidak diberikan ruang untuk melakukan perkara-perkara yang superb, oleh tuan punyanya yang sementara.
Jiwa dan hati ini terlalu memikirkan perkara yang bukan bukan. Sepatutnya saya gunakan setiap saat yang ada untuk menikmati semua nikmat kurniaan Maha Esa.
Saya mahu lakukan apa sahaja perkara yang saya mahu. Jangan halang, biar kaki ini melangkah ke mana sahaja yang dia mahu, selagi mendapat keizinan daripada keluarga tercinta. Sendirian, atau berteman, tak diambil kira lagi.
Tak mati walau sendiri, kerana ada Allah di sisi.
Posted by




0 comments:
Post a Comment