0

panggilan pulau



Sudah cukup aku bersendirian, aku rindu teman teman aku.

Tapi aku rasa mereka jauh, sejauh mana mereka peduli tentangku?

Aku PMS kah? Masih awal, menstruasi aku baru saja tamat tempohnya.



Aku rasa aku mahu kawan baru, bukan bermakna aku mahu lupakan kawan lama, tapi aku perlukan sesuatu yang baru. Terlukakah aku sehingga membuat keputusan sebegini rupa? Tidak. Aku cuma memendam rasa.

Aku penat untuk menjadi penyokong setianya, sedangkan dia sekejap ada, sekejap tiada, walaupun dia paling hampir dengan aku.



Syarat pertama untuk membina ikatan persahabatan, awak terima saya seadanya dan sebaliknya.

Itu lumrah alam. Bercanggahkah dengan apa yang kamu fikirkan?
Biarkan, itu prinsip aku.



Aku terlalu ego mungkin, terlalu mengagungkan apa yang ada sehingga menidakkan yang lain, sedangkan yang baru mungkin lebih baik. Aku cuma aku.



Biarlah, mungkin aku perlukan masa untuk muhasabah diri. Aku perlu betulkan diri aku, betulkan kesilapan aku, terhadap Pencipta dahulu. Lupakan yang lain. Kalau hubungan aku terhadap Allah baik, insyaAllah hubungan aku terhadap manusia akan baik juga.


Lagu ini perfect buat masa ini, lirik sedih, tapi melodinya buatkan aku mahu menari, melupakan semuanya.




*ini post tak ada kaitan dengan cintan cintun*

0 comments:

Back to Top