0

cerita lapuk



Seminggu lepas aku ke Kuala Terengganu. Aku ke sana dengan ibu saudaraku, kereta Avanza itu dipandu oleh sepupuku. Seram sejuk saja dalam kereta itu, laju semacam. Haish, mungkin bukan kereta Vios kot menyebabkan aku rasa sebegitu.

Tapi aku rasa berbangga jugak walau seposen dengan sepupuku sebelah arwah abah itu. Haihh, tak sangka aku ada sepupu macam ni, yang boleh aku jadikan fake boyfriend bila waktu kecemasan. Haha. Sempat lagi berangan.


Sampai sahaja KT, abang iparku membawa aku makan. Selepas itu, dia tunjukkan aku Pulau Warisan. First impression aku, cantik! Susah benar aku nak memuji bandaraya Kuala Terengganu, tapi seriously, aku suka benar dengan tempat itu. Rugi pulak tak bawak babybooku itu.


Abang iparku juga menawarkan jawatan babysitter terhormat anaknya itu dengan bayaran RM500 sebulan. Kachinggg! Tawaran itu bagi aku agak mengujakan, tetapi banyak perkara harus kuambil kira. Aku harus menjaga sepupuku, Yana kerana dia sudah tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah babysitternya. Mama lagilah. Balik lewat sehari pun dah bising, banyak alasan yang diberi supaya kupulang segera.

Aku juga mengambil kelas gitar tak bertauliah. Mak oiii, sakit tangan aku duk menekan tali gitar tuh. Harapan aku ialah belajar sehingga aku mampu memainkan lagu ‘Kukatakan Dengan Indah’, tapi nampaknya harapan itu begitu jauh dari gapaianku. Memang dasar pemalas!


Sedar tak sedar, tinggal sebulan lebih je lagi waktu cuti nih. Tak puas lagi la. Selama aku di Kemaman, tak pernah lagi kebosanan aku mencecah tahap gila babun, yang kukira sama nilainya dengan A+. Paling-paling pun B-. Yeke?


Lee Seunggi, semakin kerap aku menonton ‘My Girlfriend is Gumiho’, semakin aku jatuh cinta padanya. Kenapalah makhluk Allah ni comel gila? Agak-agak dapat tak aku bersuamikan lelaki secomel itu? Haha.


Mengarut, merepek. Jumpa lagi.

0 comments:

Back to Top