2

Karma


What goes around comes around.

Ye, aku percaya itu.


Aku minta karma ini berlaku dalam jalan cintaku. Aku tahu aku tidak berhati perut, kerana mahukan ex aku merasai apa yang aku rasakan sepanjang tempoh dukaku. Normallah, apabila kita disakiti oleh seseorang, kita mahukan orang tersebut merasakan yang sama. Sebagai balasan.


Tapi itu dulu, sewaktu akal dipengaruhi emosi. Sekarang tidak lagi, sudah mampu berfikir dengan matang.


Namun kita hanyalah manusia biasa, yang tidak tahu apa apa. Karma yang aku ceritakan itu, berlaku pada diriku sendiri. Sungguh aku tak sangka, sedikitpun tidak. Aku terpaksa berlaku kejam terhadap seorang lelaki yang aku percaya, betul-betul menyayangi aku. 


Baru aku tahu, faham, dan rasa apa yang ex aku alami tersebut. Dan aku menarik balik rasa-rasa ketidakpuasan hati aku terhadapnya.


Dengan mudah, Allah memberikan kita rasa sayang, dan dengan mudah juga Allah menarik balik nikmat cinta itu. Mungkin ada kesilapan di mana-mana, dosa juga mungkin, yang tidak aku sedari yang telah membuatkan Tuhan meminta aku kembalikan hakNya yang diberipinjam untuk sementara waktu.


Tapi sebelum aku membuat keputusan yang tegar, aku akan terus bersujud meminta petunjuk daripada Pencipta sekalian alam.

2 comments:

yiqin's said...

Kadang-kadang apa yang berlaku itu, adalah petunjuk untuk membaiki diri kita. :)

Iffah said...

tapi kasihan, lelaki itu jadi mangsa dlm perhitungan cinta ini.

Back to Top