0

Kisah Satu Maghrib


“Kau kena faham, aku ni dahla ada kisah gelap. Dia tu budak usrah, budak baik, mana penah buat benda jahat. So bila dia tegur aku, aku rasa malu sangat.

Kacau orang time maghrib, ajak sembang benda tak penting, padahal dia tu nak mengaji nak solat sunat semua. Nampak tak aku ni jahat sangat ajak orang buat dosa.

Sibuk fikir pasal nak kahwin, tapi diri sendiri pun tak betul, harapan lah weyhh. Buat malu diri sendiri je.

Aku nak sangat jadi orang baik, nak tinggalkan semua benda-benda jahiliyyah yang sampai sudah tak akan ada kesudahannya. Tapi aku tak tau macam mana caranya. Nak belajar, tapi nak mula daripada mana?

Aku rasa rendah diri sangat kalau bandingkan diri dengan budak kelas aku yang lain. Diaorg ada usrah, belajar sirah, belajar agama. Aku? Diaorang lebih lagi daripada aku. Lagi layak untuk dia. Sama-sama baik. Aku hanya perempuan yang ada dosa bergunung.
Mana mungkin aku dapat berdiri satu level dengan dia.”



Aku terdiam, memikirkan jawapan yang terbaik untuk memujuk hati teman baikku itu. Tapi aku sendiri buntu. Buntu, tiada jawapan. Kerana aku juga sama sepertinya. 


0 comments:

Back to Top