Everyone is shocked with the news. The unexpected loss. I don’t really know what to say here. I guess I miss her.
Dia antara mereka yang percaya aku boleh menjadi pemimpin yang baik. Percaya aku mampu memegang tampuk pentadbiran sekolah bersama yang lain.
Dia juga satu satunya guru yang yakin aku mampu memegang gelaran ‘doktor’, di saat semua mengenepikan aku, hanya kerana aku gagal mendapat semua A dalam SPM, gagal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Yakin dan tidak teragak agak sedangkan aku sendiri tidak pasti dengan masa depan aku.
Terlalu besar jasa dan pengorbanan arwah terhadap kami, dan terhadap aku.
Dia antara guru yang membentuk aku.
Hati terkilan, kerana tidak berpeluang menatap wajahnya kali terakhir. Hanya Yassin dan Fatihah mampu aku kirimkan dari sini.
Semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Posted by




3 comments:
niat dia mengajar kerana Allah...aku ingat kata2 dia..
doakanlah untuk arwah,
This comment has been removed by the author.
Post a Comment