Hari ini hari pertama semester kedua kami. Kami mulakan dengan baik. Masing-masing ada azam tersendiri.
Kelakar betullah. Macam-macam perangai aku tengok hari ni. Ada yang pagi-pagi dah pergi jogging. Yang selalu bangun setengah jam sebelum kelas tiba-tiba bangun awal pulak. Yang selalu terlepas kelas sebab tidur, subuh-subuh dah bangun mandi. Haha. Aku pulak, yang sangat liat nak bangun solat Subuh, hari ni dengan mudahnya bangun awal untuk solat. Yela, azam baru, kena ada perubahan. :-P
Hari ini, da start kelas. Alhamdulillah, dapat tepis godaan syaitan untuk tidur. Malam pula dapat revise balik. Harap-harap dapat kekalkan sampai bila-bila. Aminn.
Tapi sebelum itu, pagi ada taklimat UPU. Walaupun aku didedahkan dengan cabaran untuk mencapai cita-citaku, aku akan terus bekerja keras, walaupun ada gentar di hati. Berusaha, dan bertawakal kepada Allah.
Oh ye, 28 Hari : Jurnal Rock N Roll sudah dibeli. Karya yang sangat baik. Ceritanya hampir sama dengan kisah diriku. Kami pernah mengalami situasi yang sama, pada waktu yang sama, kecuali dengan orang yang berbeza. Cinta mengajar erti ketabahan.
Heartsick, heartbroken, to know love is to know pain. – Rumi.
Aku mahu lakukan seperti apa yang dia lakukan. Tapi aku punyai kekurangan. Dengan wang yang sedikit, dia boleh mengembara. Kerana dia mempunyai bakat, boleh berbusking kalau tak cukup duit. Tapi aku, dahla perempuan, sumber kewangan pulak ciput je. Tapi takpe, aku akan lakukan perkara yang sama, cuma dengan cara yang berbeza.
Satu kisah berakhir, kisah lain pula bermula. Begitulah putaran hidup. Aku akan cuba terokai segalanya yang ada di muka bumi ini, insyaAllah. Aku mahu mengutamakan perkara yang sememangnya perlu diutamakan. Cinta? Tolak tepi dulu.
Like a good friend of mine said,
Don’t fall in philosophical sin of limitation.
Masih lagi jauh perjalanan ini. Banyak lagi perlu dicapai, sedangkan masa terus berdetik.
Posted by




0 comments:
Post a Comment