setiap hari saya menangis.
sebab saya sakit.
kerana cinta saya seolah olah telah diserang kanser,
yang membunuh 'kita' secara perlahan lahan, setiap hari.
saya sudah agak pengakhiran cinta ini, tapi saya memerlukan sedikit lagi masa.
saya belum bersedia untuk melepaskan awak, kita, pergi untuk selama lamanya.
dan apabila tiba masanya, kita, atau sekurang kurangnya saya tidak akan terlalu sakit.
terima kasih kerana memberi apa yang saya mahu, kerana saya telah berjanji akan memberi apa yang awak mahu kan?
saya tidak boleh pentingkan diri sendiri.
saya boleh sahaja buat buat tak tahu dengan semua ini,
tapi awak juga punya perasaan kan.
mungkin ada yang berkata tindakan saya ini tidak tepat.
tapi saya hanya mahu berasa gembira buat seketika sahaja.
dan saya tak akan pernah lupa pada hakikat yang sebenarnya.
saya hanya mahu ia berakhir dalam keadaan yang baik.
kalau ini yang tertulis buat kita,
semoga hari hari terakhir kita ini akan jadi hari hari yang terbaik.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu dengan seseorang yang sangat bererti bagi diri kita, tetapi hanya untuk bertemu buat sementara sahaja, pada akhirnya menjadi tidak bererti lagi dan kita harus membiarkannya pergi.
Life so far
1 year ago
Posted by




2 comments:
sis, be strong. <3
thanks!
:(
Post a Comment