Assalamualaikum semua. Hee sudah 2 bulan tidak meng-update-kan blog terchenta ini. Maaf, dan terima kasih.
Bersih 2.0. Macam macam cerita yang keluar ekoran agenda ini. Malaslah nak komen. Cuma satu aje nasihat, sebelum percaya tentang satu-satu hal, lebih baiklah kita selidik dahulu kebenarannya. Jangan dengar hanya sekadar dengar dan terus bercakap. Dan jangan anggap kita tahu semuanya. Ya Allah risau bila dengar tentang keadaan negara sekarang. Yelah, jika negara kita sudah hancur, mana lagi kita mahu mencari tempat berteduh? Negara orang? Sudah tentu tidak! Oh ye, I’m neither pro nor anti government. Terima kasihlah SPR kerana menolak tuntutan agar pada usia 18 tahun sudah boleh mula mengundi. Kalau tak, undi pakai emosilah jawabnya.
Alhamdulillah, baru je selesai BTN di Meru bersama sama rakan-rakan Makassar yang lain. Mula-mula rasa macam Ya Allah, ape BTN ni? Tapi rupa-rupanya banyak gila pengalaman yang dapat kat sana. Walaupun terkilan sebab tak dapat buat aktiviti menara macam flying fox dan abseiling, tapi aktiviti lain pun best apa! Dapat fasilitator yang tegas tapi banyak membantu, dan sepanjang BTN ni aku sedar, betapa ignorant-nya aku sepanjang aku bernafas di bumi ni. Dan gerun apabila dapat tahu bahawa Barat sentiasa memerhatikan negara kita, mahu menguasai negara ini. Dan tuntutan Ambiga melalui IFC, langsung tak masuk akal! Astaghfirullahalazim.
Paling tak dapat dilupakan, of course lah LDK yang terakhir. Aku yakin yang lain pun sama. Nak tahu ape, korang kena go through sendiri lah. Haha! :P Priceless experience! That’s all I can say. Sebak rasa, sebab baru kitaorang tahu betapa susahnya nak capai kemerdekaan nih. And apa yang kitaorang buat dan lalui pun, hanya 1% atau kurang, daripada apa yang berlaku sebenarnya dalam proses kemerdekaan ini. Ya Allah!
Satu minggu sudah cukup untuk aku berkawan rapat dengan yang lain. Thanks a lot to the members of Group 9, walaupun permulaannya agak janggal, tapi sebab konflik yang Abg Seman kasi itulah, kita boleh berkawan dengan baik. Sahabat-sahabatku, Ah Han, Ikram, Hasan dan Syahril, good luck guys, semoga selamat pergi dan pulang. Dan budak-budak UiTM yang of course masyuk, Fas, Ain, Aainaa, Athirah, Tipah, Syaza, Alya, Amirah, Aqila, Aimie and the rest, selamat berjuang di Makassar. Berat hati dan terkilan jugak sebab tak dapat join korang. :( Gonna miss you guys!
Sepanjang kem ni, kitaorang punya handphone kena serah kat jurulatih, so takde gambar la. Setakat 2-3 keping tu adalah.
Sepanjang kem ni, kitaorang punya handphone kena serah kat jurulatih, so takde gambar la. Setakat 2-3 keping tu adalah.
Kesian Fas takde dalam gambar ni.
Boys pulak buat hal masing-masing. Geram jee.
Aku tak paham kenapa kitaorang semua blurred except Ikram :/
Gambar ni pun incomplete :(
Bila baca balik, macam political post pulak entri kali ni. Hehe. Kalau ada sesiapa yang kena pergi BTN and ada questions, jangan segan-segan nak tanya ye :) Juga doakan saya untuk UPU esok, dup dap dup dap dah ni!
Sampai di sini sajalah cerita malam ini. Rindu pada penulisan ini memang membuak-buak, tapi apakan daya.
Ya Allah, kosongnya hati ini. Aku tak mahu jauh dariMu. Ampunkanlah dosa-dosaku. Amin.


Posted by




0 comments:
Post a Comment