tak faham dan tak mengerti sang lelaki.
adakah wanita yang terlalu rumit untuk difahami?
mahu membenci, mahu menyisihkan mereka dari hidup.
tapi itu tak akan sesekali berlaku.
kerana mereka jugalah tempat bergantung harap satu hari nanti.
tak bosankah menyakiti wanita?
apa yang dicari dalam hidupmu, lelaki?
engkau mempergunakan wanita, kerana wanita lemah.
tak sedarkah ibumu juga wanita?
jadi apa yang berada dibenakmu?
berhentilah melukai kami,
kami punyai hati,
dengan harapan mahu disayangi dengan tulus dan ikhlas,
untuk selama lamanya,
bukan untuk sementara sahaja,
bukan sekadar untuk memuaskan nafsumu.
lelaki.
Posted by




0 comments:
Post a Comment